Pages

Showing posts with label reSepi. Show all posts
Showing posts with label reSepi. Show all posts

22 August 2014

Resepi Bihun Goreng Singapore

Assalamualaikum!!!

ari nie sy nak share cara simple buat bihun goreng singapore!

okey, sediakan bahan2 seperti berikut:

Bahan tumis/kisar:

1. 3 ulas bawang merah
2. 4 ulas bawang putih
3. 3 sudu besar udang kering

Lauk-pauk pilihan:

1. Fishball/ fishcake/ sotong/ udang etc. (ikut suka byk mane)

Sayur:

1. Sawi
2. Lobak merah (hiris panjang2)

Perasa:

1. Garam dan gula (secukup rasa)
2. 1 kiub ikan bilis
3. 2 sudu besar lada hitam (kisar halus)

Cara-cara:

1. Tumis bawang hingga wangi. Masukkan air sedikit.
2. Masukkan bahan perasa diikuti lauk. Selepas itu diikuti bihun (sebungkus), goreng sampai bihun lembut.
3. Masukkan sayur dan masak sampai bihun kering sedikit.
4. Siap!!!


Taraaa!!!

Nie la aku punya bihun goreng singapore! selamat mencuba! :)


25 September 2013

Resepi sotong goreng kunyit

assalamualaikum dan hai!!! hehe

aku memang dah jadi isteri, tapi still in bujang mood.dok pon jauh dari suami tercinta, still menyewa dengan kawan-kawan bujang aku.so bila dah macam tue, hidup aku masih macam dulu.asyik makan kat luar je.dah suami jauh kan? so buat apa masak? haha.

tapi aku malu, bila dia sms/call tanya dah makan ke belum, dia mesti nak selit gak tanya beli ke masak? masa sebelum kawen kadang-kadang aku kelentong gak konon masak sendiri..hakhak (sila jangan tiru perangai buruk aku). tapi dah nikah nie, rasa berdosa yg amat bila menipu suami sendiri seriously! >.<

bila dah macam tue, aku terpaksa rajinkan diri bertanya resepi kat mak aku.resepi yg mudah dan simple gila.aku pon fikir gak sampai bila aku nak meneruskan hidup bujang kan?selagi kita sendiri tak masak, selagi tu kita takkan belajar. practices make perfect kan? mana la tau satu ari nanti dapat duduk sebumbung dgn suami (doakan...amin..) baru ko nak kelam kabut belajar ke???


so aku skang nie giat duk masak sotong goreng kunyit! hehe...simple.resepi orang malas.

walaupun simple dan mudah sgt, dan semua orang dah tau, aku nak share gak..haha



:: Resepi Sotong Goreng Kunyit ::


Bahan tumis:
1. 4 sudu besar minyak (nie korang agak-agak jer)
2. 1/2 labu bawang besar

Bahan utama:
1. 6 ekor sotong besar (boleh potong kecik @ biarkan- tapi aku prefer potong.nampak macam banyak)

Bahan lumur sotong:
1. Sedikit serbuk kunyit (aku pakai serbuk kunyit Faeza 55sen jer beli kat Jusco depan rumah) - sikit jer jgn banyak agak dalam 2 sudu kecil.
2. Garam secukup rasa. - dalam separuh sudu kecil.

Bahan sampingan penambah selera:
1. 3-4 tangkai cili padi
2. 1/2 labu bawang besar
3. Halia (optional)- potong halus memanjang


Cara-caranya:

1. Potong sotong kepada bentuk ring! Lumurkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Perap selama 5 minit.

2. Panaskan minyak. Tumis bawang sampai naik bau wangi.

3. Masukkan sotong yang diperap dengan serbuk kunyit dan garam tadi ke dalam kuali. Goreng sampai agak-agak sotong tadi kering. Cuit rasa sikit, if kurang masin, tambah lagi garam secukup rasa. Tapi selalunya garam yg lumur kat sotong tadi pun dah cukup masin.

4. Masukkan cili padi, bawang besar, dan halia.

5. Sedia untuk dihidang!!!



tadaaa!


nie lah hasilnya!!!




diharapkan kawan-kawan yg baru berjinak-jinak belajar masak tue try lah resepi aku nih..hihi..

bye! wassalam.


p/s: korang bleh try guna ayam/daging/ikan jugak untuk resepi nieh. sama jer cuma bahan utama jer yg lain.hehe.

13 February 2011

Pakapau daging

apa itu pakapau daging?hihi...dia nie ialah sejenis masakan daging cincang (minced meat) la..boley jugak dibuat dengan ayam cincang.masa kat hostel dulu,memang selalu oder nie makan dengan nasi separuh diet la katakan...

nie la rupa pakapau daging
baru-baru nie,kawan saya iaitu cik masturina telah men'tag saya dengan gambar nie...huhu...mengimbau memory lama betui la mas nie...


tanpa membuang masa merepek tak tentu hala,mari kita tengok cara-cara membuat pakapau daging nie:

Bahan:
1 bungkus daging
cincang
2 labu bawang besar di ptg bulat
1 cili merah dihiris
3 cili solok lada(Warna light green diguna utk solok lada) dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
2 sb sos tiram
1 camb serbuk lada hitam
gula,garam secukup rasa


Cara:
1. Tumis bawang putih hingga wangi n masukkan daging cincang
2.Bila air daging kering masukkan kedua2 cili dan bawang besar nak lagi kick masukkan cili api yg dihiris
3.bila sudah layu masukkan sos tiram, lada hitam, gula & garam
4. sedap dibuat sandwich atau makan dgn nasi atau kanji


okeh,mesti pelik kan kenapa tetiba rajin nak tulis resepi nie dalam belog...tadi en.kujaimi call lagi,suruh belajar masak.kena pandai semua masakan.selagi tak pandai,jangan harap nak kawen dengan dia.so nie,kita kumpul resepi dulu,balik nanti try la...sob..sob...T___T


28 October 2010

Nasi Ayam versi Cik Ida.

assalamualaikum!

beberapa hari yg lalu,i try buat nasi ayam.dapat resipi dari makcik google...hihiii...sedap x sedap belakang kira yek...janji dah mencuba dan kesungguhan tue penting...kot2 la mulut kita rasa x sedap,tapi mulut org lain rasa sedap kan...hehe...tapi mmg betui pon,kdg2 kita kurang berselera dgn masakan kita sendiri,kalau org yg masak kan,sedap lah rasa,contoh yg jelas masakan mak i...fuh mmg tip top! tgk la anak2 semua jd gemuks... :P

nie resepinya...try la ikut resepi nie betui2,mmg menjadik..hihi


Untuk rebus
-1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
- 2 ulas bawang putih
- 2sm halia yg diketuk
    Untuk perap
    >1 sudu besar kicap pekat
    >1 sudu besar sos tiram
    >1cm halia
      >2 ulas bawang putih
      >sedikit kicap cair
      Untuk nasi
      - 5cwn beras
      - 3 sudu besar butter
      - 1cm halia- ditumbuk
      - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
      - air rebusan ayam tadi secukupnya
      - sedikit garam.
      Bahan sos
      > 5biji cili merah
      > 5 ulas bawang putih
      > 2cm halia
      > 1 sudu teh cuka, garam, gula
      > 1/2 cawan air
      Untuk sup
      @lebihan air rebusan ayam
      @1 biji bawang besar kisar
      @rempah sup
      @garam
      @daun sup yg dihiris.

      Cara-cara
      1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
      2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
      3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
      4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
      5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

      nie gambar2 i snap ok...huhu...sory la sbb gambar berterabur x ikut kronologi, sebab nak cepat siap,takut adik i balik skolah,terus nak makan...hihi...mula sedia bahan pukul 12tgh hari, pukul 1.20 dah siap! ngam2 la adik balik skolah time tue...haha


      nasi yg mula menggelegak


      ayam after direbus dan diperap dgn bahan2 perap


      nie sup nya..


      nie ayam yg dah diperap,kita goreng sampai garing


      nasi dah masak! =)

      ok lah yek...susah payah i upload pic nie segala.lambat benau!
      try la x rugi punya.

      ok sayang2,bye!^^






      14 July 2010

      Puding Roti Pelangi X Jadi..=(

      ya...hampeh...huhu...;(

      x tau mana silap ye...resepi da ikut. nie kwn mak teh bg resepi. x sesedap puding roti yg sy wat dulu ;(
      rasa ye silap kat kuantiti agar2 dgn air. sbb ye jd keras (x la keras smpi x ley makan). actually kalau ikut resepi,kena tuang portion merah selang seli dgn hijau. tapi masalah ye da tuang tue tapi ye x tersebar pon...means keras la kan...=(
      so,jadi la seperti di atas...bertampuk2 kan? uwaaAaaaaa...MyEm0.Com

      Ingredients:
      1 paket agar2
      2 biji telur
      1 tin susu cair
      sedikit susu pekat
      3 keping roti
      3 sudu gula
      2 sudu oren sunquick
      2 pewarna hijau dan merah
      2 titik esen vanilla

      -masak agar2, tapis.masukkan gula,kacau.
      -kisar roti b'sama telur,susu cair dan susu pekat hingga sebati.
      -tuangkan ke dalam periuk dan masak dgn api perlahan.
      -masukkan oren sunquick dan esen vanilla.
      -angkat dan tuangkan ke dalam loyang (sebelum tue,asingkan adunan tadi ke dalam 2 cawan dan masukkan satu pewarna hijau manakala satu lagi warna merah).
      -tuangkan adunan pewarna tadi ke dalam adunan loyang secara berselang seli merah dan hijau (hampeh!!!)
      -biar sejuk

      can u modify the above recipe to me? ;P

      and...thank God, en.abg x jadik dtg amek puding nie...kalau x malu la i.MyEm0.Com

      Followers