19 August 2010

Tips kecantikan dari Cik Bulan =)

setelah mendapat kebenaran dari Cik Bulan yg cantek, sy saje nak masukkan dlm belog sy sbg panduan wat diri sy sendiri...hihiii...jutaan time kaseh wat Cik Bulan =)


Pemakaian pencuci muka sahaja, tanpa penyegar dan pelembap itu salah.

Macam yang kita tahu, kulit muka memerlukan penjagaan yang rapi, bukan hanya sekadar kita cuci-cuci muka sahaja setiap hari tetapi memerlukan pelbagai langkah lain juga, salah satunya pemakaian toner dan pelembap. kadang-kadang sesetengah orang anggap, saya sudah cuci muka jadi, tak perlulah lagi nak itu ini kan. apa nak kisah penyegar dan pelembap tu... macam-macam, cerewet.


Ohh kawan, kalau nak cantik, mesti cerewet. ini bukan ukuran muka kamu cantik tak, tapi KULIT. sekali lagi aku tegaskan, K.U.L.I.T... kulit yang sihat dan lambat tua. itu yang mahu, bukan? banyak yang aku jumpa, datang buat pemeriksaan kulit muka, cakap nak kulit sihat, bukan nak putih...tapi, pakai si itu, ini yang kasi kulit menggelupas dan nipis. hello...itu dah menjejaskan kesihatan kulit kamu okay? jadi, jangan fikir nak putih apa lah, nak lagi gebulah..tapi tak fikir bahan yang kamu pakai itu merosakkan kulit muka.


Nak kulit sihat mesti kena rajin. jadi, jangan hanya tahu cuci muka sahaja tapi tak bagi ia tenang kembali. Ketika kamu cuci muka, PH kulit telah berubah... liang-liang roma juga terbuka. jadi, perlukan penyegar untuk mengembalikan PH yang asal dan menenangkan kulit setelah proses itu. manakala pentingnya pelembap muka adalah untuk membantu menghidrat, melicin dan melindungi kulit daripada kekeringan.


Sebab itulah..ramai orang yang berpori-pori terbuka. seumur hidupnya, ia hanya tahu mencuci muka. alasan? sebab mak dia cantik juga tak pakai apa-apa pun. ohh, betulkan fakta anda. betulkan pemahaman anda. kita bukan lagi di zaman mak-mak kita yang persekitarannya sihat sejahtera, yang makannya segar-segar bukan KFC, MCD, bukan pati ayam knorr, bukan twisties, bukan meggi segera. bukan kawan. jadi, janganlah mengandaikan kondisi perut anda seperti mereka, dan kondisi persekitaran kita sangat selamat.


Jadi, bertindak bijaklah. kembali kepada paras normal dan renungkan kita kini di alaf 21 yang macam-macam ada. pertu kita juga macam-macam sudah disumbat. mahu tak mahu, kita harus mengambil jalan berjaga-jaga, dan lebih tepat lagi, CEREWET. arh, pedulikan cakap-cakap, yang berbunyi.."eleh, tak payahlah jaga sangat...aku tak pakai apapun, okay saja..."


ha, datang sini mari aku periksa tengok tekstur kulit kamu masih okay ke tidak...entah-entah sel-sel kulit mati berkerak di muka, entah-entah lubang sana-sini, dan entah-entah keradangan di mana-mana. sayang, dengar pepatah ini..."mencegah itu lebih baik dari mengubati..." ye tak? jadi, selagi berkesempatan, jaga ye...ohh tiba-tiba terasa insaf sekejap sebab diri sendiri pun kadang-kadang alpa. buat pengetahuan kamu juga, dulu aku pun tak ambil berat sangat pasal ni, tapi bila aku dah tahu macam-macam dan jumpa macam-macam orang, aku terasa insaf sangat dan bersyukurnya ya Rabbi dengan keadaan kulit muka sekarang...

alhamdulillah, dari dulu lagi, aku tak pernah ada keinginan nak putih ke apa, jadi, aku tak pernah mencuba produk yang ekstrem-ekstrem jadi, tekstur kulit masih baik. apatah lagi, bila aku tahu hal ini, maka aku mula amalkan pemakaian pencuci muka, penyegar dan pelembap dengan teratur walaupun sekarang ala-ala skip-skip juga bila malas...ngeee. jadi kawan-kawan, jangan seksa kulit kamu. bagi ia perawatan yang secukupnya...bukan buat ikut suka-suka hati saja.

Penyegar adalah penenang kulit, bukan pencuci kotoran


ini lagi satu masalah. menjadikan penyegar sebagai pencuci. jadi, apa peranannya pencuci muka? banyak yang kita lihat, ramai dari kita yang akan mencuci muka, kemudian mengambil penyegar dan meletakkan ia pada kapas dan menggahar kata orang timur..lupalah kata orang key el (KL) macam mana...ha, menggosok...ke seluruh muka sekuat hati dengan lahapnya (aku lah tu...dulu.grrrr).adui...sakit kulit dik. kasihan dia. kalau dia boleh cakap, lama dah dia cakap "eh mangkuk, what hal lu gahar-gahar gue like that? apa ingat gue kulit durian ke....??" aha, lebih kurang macam tu lah dia sound kau nanti tapi sebab ia tak boelh bercakap indirectly, makanya kamu kena faham sendiri....


Faham bahawa yang penyegar fungsinya adalah untuk menenangkan kulit jadi bila sebutnya menenang, maka, gunakanlah ia dengan cara yang paling 'cool'. bagaimana nak apply ia pada wajah? senang saja... hanya spray (jika berbotol spray) kalau tidak bagi yang dalam bentuk botol biasa, sapu pada wajah sahaja dan kemudian tepuk sikit-sikit. alah, macam iklan SK II tu...bukannya menjadikan ia sebagai peluntur (clorox) wajah.


Konon-konon...bila dah letak pada kapas muka dan gosok sekuat hati tu..."eh, ada kotoran keluar.banyaknya kotoran..wahh, hebat penyegar ini..."ye, bukan begitu ye kawan-kawan. penyegar adalah penyegar...dan pencucilah peranannya untuk menghilangkan kotoran-kotoran itu. segala make up itu harus dibersihkan oleh pencuci muka dan cucilah muka dengan cara yang betul. bagaimana nak mencuci muka dengan betul, bagaimana nak memakai pelembap, krim (sunblock) dengan betul, itu next entry ye.ni kita cerita pasal pencuci dan penyegar dulu.


Elakkan menggunkan kapas muka untuk pemakaian penyegar sebab kita telah membazir benda tu. yelah, dah kita letak pada kapas, kapas serap lagi, lepas tu yang apply kat muka hanya saki-baki saja. jadi, teruskan apply pada muka. kalau yang spray macam SK-II itu lagi bagus.


Pencuci berPH sesuai untuk muka, pastinya tidak bersabun. jika bersabun, baik ambil sabun badan saja.


Mana yang kita nak? sedap disental ke sedap dipakai ke tak sedap disental tapi bagus untuk kesihatan kulit?wanita...adalah golongan yang selalu dipsiko dengan anggapan-anggapan sedemikian, dan kecenderungan wanita selalu dipergunakan untuk perkara-perkara sebegini. okay, pemahaman kita, kalau pencuci muka banyak buih, sedapnya nak pakai. boleh gosok-gosok seluruh muka dengan ganasnya...kan?kalau kurang buih, macam tak cuci je, tak selesa, tak best. tapi, sejauh mana kebaikan ia untuk kulit?


Sangat tidak bagus ye kawan-kawan...zero. sebab, kalau pencuci muka banyak buih, ia pastinya tinggi PHnya. bukan lagi 5.5 yang macam iklan 5.5 tu..grrrr. sabun badan...tahu berapa PH dia? sekitar 9 hingga 11 tahu? jadi, kalau pencuci muka kita pun berbuih lebih kurang itu juga, agak-agaklah berapa PHnya pencuci muka itu...?


Macam aku...prefer pakai pencuci muka yang dah ada make up remover sekali, maka tidaklah perlu memakai segala mak nenek untuk tugas itu. hanya bila mencuci muka saja, aku dapat melihat kekotoran itu keluar dan wajah pun bersih dan bebas dari sebarang anasir luar. tiada buih, tiada sabun. bila tiada buih, tak perlu pakai air yang banyak, hanya apply sahaja, dan segala anasir pada wajah pun hilang. kulit pun rasa sihat, tiada ketegangan yang tidak menyenangkan itu.


Apa yang aku pakai? tentulah dari produk pilihan, yang 100% selamat dan bebas alkohol, kimia berlebihan, 100% dari sumber semulajadi seperti rumpai air...iaitu produk IRES, keluaran CNI. selamat sangat rasa guna produk ni, meskipun mahal sikit, tapi tak apa, tahan lama dan pastinya, menjamin kesihatan kulit, bukannya kecantikan melampau dalam sekelip mata yang akhirnya memberi kesan buruk bertahun-tahun lamanya....kan?

sekian...

2 comments:

Peri PiA said...

cik bulan ;),kenal dia dari friendster..sampai sekarang

iDa_MutHiaH said...

PiA> best kan tip dia bg.nk mintak copy paste tip bahagian II pulak la...hihiii...