Pages

14 March 2011

Persediaan perkahwinan.

assalamualaikum...


saya suka sangat baca buku yang dapat masa saya pergi kursus kawen dengan khuzaimi.selalu saya ingatkan dia baca buku tue berulang-ulang.rasanya tak cukup kalau sekadar persediaan untuk baju,pelamin,kenduri-kendara saja tapi lupa persediaan ilmu agama dan mental yang sangat penting.tahu tak kadar perceraian di Malaysia nie makin meningkat, 1 perceraian berlaku setiap 15 minit.nauzubillahiminzalik...


semalam,sengaja saya sms dia tentang ciri-ciri bakal suami: bertakwa,beriman,berilmu dan bertanggungjawab.kalau kita dah sama-sama sayang dan cinta,secara automatik kita akan jadi saling ingat-mengingati.setiap pasangan ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.so,its like completing each other la.dia kata dia sudah sedia untuk menjadi seorang suami dan ayah.hati saya berbunga riang.alhamdulillah!


saya suka kalau solat saya diimamkan.cukup tak ternilai.Allah tahu apa yang terbaik buat diri saya.mungkin saya masih ada perasaan takut hendak menjadi ibu.rasa tubuh ini kerdil untuk mengusung perut 9 bulan.rasa kudrat ini tak mampu nak meneran baby keluar.rasa nak menjaga kecantikan badan itu lebih lagi dari effect pregnant yang akan menggemukkan badan yang sediakala gemuk.


rasa semangat nak beli kereta pakai duit sendiri lagi menebal dari guna duit mak,rasa nak renovate rumah yang tak macam rumah nie pakai duit sendiri dulu sebelum gatal nak kahwin.


my creator knows me better.so dont give me a pressure :)



3 comments:

MOMMY CGG said...

hi B2B:)

happy 4 u..
moga selalu ceria

riri said...

hai b2b... saya pun selalu pikir macam tu. kita sibuk dok pikir preparation untk majlis kita, baju sanding warna apa? kasut nak bentuk camna.nak buat majlis kat mana? tapi pernah tak kite tanya kat diri kita and pasangan kita sedia ke nak menempuh alam rumah tangga? dah cukup ilmu didada? mampu ke kite jadi ibu dan ayah yang baik sebagaimana mak abah kita besarkan kita.Macam2 lagi la.... hehehe:)

rir said...

hai b2b...

sila lah singgah blog saya yer...

http://chentaputih.blogspot.com

Followers