Pages

14 March 2011

Rezeki dan mak.

betul la...kalau kita tolong mak,rezeki kita akan sentiasa ada.saya amat berbangga kerana sepanjang saya menjadi pelatih selama 3 bulan,mendapat elaun sara hidup cuma rm1000 sebulan,hidup di kota raya Malaysia,berulang-alik dengan bas rapid KL setiap pagi dan petang dengan kadar tambang sekitar rm40 sebulan,bayar sewa bilik rm280 sebulan,terpaksa makan McD semasa weekend sebab tak ada transport nak keluar (bas tak masuk laluan TPM masa weekend),tapi masih mampu membayar yuran pendaftaran adik masuk MRSM rm333,yuran koperasi rm190 dan yuran muafakat rm176.saya juga belikan sticker MRSM untuk abah pelekat dekat cermin keretanya dan beli barang-barang keperluan adik yang supercute ini.tapi dalam masa yang sama saya masih mampu order pelbagai jenis tudung,VCO dan lain-lain tanpa meminta duit sesiapa.pelik! entah dari mana saya dapat duit.



rasa sangat puas dapat menolong keluarga,walaupun belum dapat kerja tetap semasa tue.sebab itu la saya tak dapat simpan duit ambil lesen kereta.dah 2 tahun lesen saya terbengkalai.so,kena start semula dari awal,perlu rm900+- lagi.



siang tadi,alhamdulillah...saya ke ar-Rahnu membayar upah simpan barang emas mak.kebetulan,duit elaun saya masuk lagi rm1000.jadi sepatutnya saya menolong mak.amazing! lepas bayar,saya dapat panggilan telefon dari company ****** yang saya apply melalui Jobstreet.fyi,dalam banyak-banyak application dalam Jobstreet,sekali pon tak pernah dapat walaupon hanya panggilan interview.tapi,saya terpaksa menolak sebab dah dapat offer lain :D



siang tadi juga saya membeli Solusi vol.29 bersama sahabat,Najwa dan adik supercute.adik teringin nak beli purse,so saya bayarkan.masuk Watson,beli barang-barang dia pulak,deodorant etc....rasa puas sangat dapat menanggung adik!



baru saya sedar,banyak keberkatannya menolong emak.walaupon diri ini masih sengkek,tapi rezeki sentiasa ada.



saya pernah tanya khuzaimi tentang duit simpanan dia.dia cakap,gaji lebih banyak diguna untuk bayar loan semasa di poli dan college.untuk simpanan tak sampai separuh dari gaji.saya cakap,kalau nak cepat cukup duit simpanan,hulur-hulur la kat mak walaupun rm50.insyaallah Allah akan melipatgandakan duit tue.



'ter'membebel pulak entri nie.bukan nak berbangga.tapi just nak menyatakan hati ini riang dapat membantu emak ku yang tersayang! :D



2 comments:

Atiqah Adnan said...

bagi sikit lebih baik dari tak bagi langsung kan..? ada hikmah nye kalau kita ikhlas.. Allah tahu.. insyaAllah..

Ruwaida Ridzwan said...

btul tue kak tiqah...harap dpt menjadi anak yg berbudi kepada org tua...heee~

Followers