Pages

30 October 2010

Jangan "BUKA DIRI"


Bismillahirrahmanirrahim...artikel ini dari blog ummu husna.

"Takutnya...nanti Ummi tolong delete gambar-gambar Kak Long dalam blog dan Ning ye..."demikian respond Kak Long tatkala saya menunjukkan satu emel yang diterima.




Emel itu merupakan satu pendedahan mengenai salahguna gambar-gambar wanita Muslimah yang telah elok menutup aurat, tetapi dengan menggunakan teknik superimpose dan sinar x-ray, 'gambar' yang telah diedit tersebut dikatakan boleh 'menampakkan' anggota dalaman yang sepatutnya tidak dipertontonkan.




Saya tidak mengetahui apakah kemungkinan benar perkara itu berlaku. Namun, walau apapun, saya berpandangan Muslimah hari ini sudah terlalu berlebihan menonjolkan diri mereka kepada umum lewat gambar-gambar di blog, FB, Friendster dan laman-laman sosial yang lain.



Saya masih ingat, kalau dulu, jika hendak menatap gambar teman-teman, peluang itu hanya ada ketika bertandang ke rumah mereka. Gambar-gambar peribadi, baik menutup aurat atau sebaliknya tidak sewenang-wenangnya diperlihatkan kepada yang bukan ahli keluarga. Semuanya tersimpan kemas di dalam album gambar masing-masing.




Akan tetapi kemodenan peralatan dengan dunia tanpa sempadan hari ini, menjadikan Muslimah semakin 'membuka diri'.




Saya selalu terfikir hal ini, adakah pendedahan kerap gambar-gambar mereka dengan pujian yang diterima baik dari teman-teman wanita atau lelaki pastinya, mendatangkan kebaikan atau sebaliknya?




Apakah mungkin akan timbul di hati lelaki yang menatap gambar-gambar mereka ini, perasaan yang tidak sepatutnya ada.




Contoh : A ( seorang lelaki ) yang merupakan teman sepermainan B ( seorang wanita cantik yang telah bersuami ) semasa kecil melihat gambar B di laman FB...terdetik di hatinya :




"Kalaulah B jadi isteriku....alangkah bertuahnya..."




Akhirnya, saya suka mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat semua, marilah kita menjauhkan maksiat hati sebegini. Bimbang, jika maksiat yang dianggap kecil dan remeh ini menjadi punca berlakunya banyak perceraian dan perselisihan suami isteri hari ini.




Kepada adik-adik Muslimah yang belum berumahtangga, jaga dan lindungilah kecantikan anda...Keindahan dan kejelitaan bukan untuk dipamer dan dijaja. Kecantikan anugerah Allah adalah hadiah eksklusif buat seorang sahaja di dunia..iaitu lelaki bernama suami.




Semoga kalian dianugerahi lelaki yang beriman dan soleh.. bahagia di dunia, bahagia juga di akhirat sana.




"Jagalah Allah, Allah akan menjaga kita". InsyaAllah

-----------------

Antara comment yg menusuk kalbu:


"Salam Ummu Husna. Saya memang setuju sangat2 entri nie. ini yang dikatakan oleh suami saya ketika saya berniat untuk aktif dalam fb. Mula2 saya menentang dengan mengatakan suami saya tidak berfikiran terbuka. Saya termenung panjang memikirkan arahan atau lebih senang buah fikiran suami... setelah saya tenung dengan lebih dalam saya terima kata2 suami itu adalah tanda sayang dia kepada saya dan tanda dia seorang suami yang menjaga hak dan maruah isterinya".


nampaknya lepas nie,x akan ada gambar2 peribadi dlm blog dan fb i...bagusnya ada 'bakal' yg selalu melarang tayang muka kat fb..alhamdulillah.nak nanges!!!






2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
iDa_MutHiaH said...

kpd Anon: sy x terima nasihat dgn kata2 mcm nie..

"hm...taw pon.jgn gedik2 letak gambar lg".

dan sy sgt x suka dgn nasihat yg langsung x berhikmah.terima kasih.

Followers