Pages

16 November 2010

Apa yg lelaki mahu dari wanita?

hi! alhamdulillah..hidup lagi saya pagi nie..masih diberi peluang Ilahi utk menghirup udara di dunia yg fana..hihiii...mungkin ramai yg pernah tau apa yg lelaki mahu dari wanita atau apa yg lelaki suka ttg wanita?saya sendiri selalu tertanya-tanya.bukan belum ada yg istimewa...tapi saya nak menjadi yg terbaik untuk dia.jangan tanya dia dah buat yg terbaik ke tak..tapi tanya diri sendiri dulu...memang betul cinta tue macam give and take.tapi jangan la selalu mengharap kat pasangan sangat...huhu...


Lelaki mahukan wanita yg bijak dan berkerja tapi yg lebih penting wanita yg dapat mendorong dan mengurangkan kemungkinan membabitkan lelaki itu ke kancah tekanan yg dihadapi oleh kaum wanita...


Lelaki suka memilih wanita yg sentiasa nampak kemas,bersih dan cantik utk menjadi teman hidup.wanita yg suka berjenaka dan boleh bergurau,merasa gembira apabila bersama,menyanjung tinggi teman lelakinya,bersikap terbuka,punya sifat keibuan,dan lelaki tidak berasa bimbang ketika pergi berkerja.Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??


Lelaki mula tidak suka pada wanita yg bebas pergaulan,lebih mementingkan anak dari suami,tidak berminat dlm hal seks,suka berleter dan terlalu emosional.


Wanita mesti bijak bergaul dgn kawan2 kekasih/suami.jangan terlalu pendiam dan jangan pula terlalu agresif dan peramah sehingga menjatuhkan air muka si lelaki dan menjatuh maruah sendiri sebagai seorang wanita.


Mesti memberi kebebasan kepada lelaki.lelaki tidak suka dikongkong.jangan terlalu bertanya ke mana lelaki mahu pergi,jika dia berdiam diri,jangan memaksa dia utk menjawab.mungkin dia hendak mencari ketenangan berseorangan atau bersama kawan2nya...


Keanak-anakan...!Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.


menghormati diri sendiri.Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


menghormati keluarga lelaki.ini yang penting..jika muka cantik sekalipun,kalau tak tau nak hormat kepada org tua si lelaki,tak mungkin lelaki suka kepada wanita...




ok.saya harap kita semua dapat menjadi wanita yg diidamkan lelaki...bye!^^



2 comments:

Amni said...

erm... bagi tips pulak lelaki yang popuan suka.. hehehe...

Ruwaida Ridzwan said...

hehe..insyaallah...

Followers