Pages

14 November 2010

Cintailah seseorang tanpa SEBAB,kecuali kerana agamanya..

wah..wah..wah...panjang kan tajuk? actually,saya baru baca note dari facebook..dan hati saya tiba2 touching..rasa nak nangis...huhu...


kisah dlm note tue,sama 0.1% dgn kisah saya..ngehngeh~ intro nya je la..sebab saya nie selalu tanya si dia kenapa dia sayangkan saya..dan dia cakap tak tau..kalau saya paksa dia jawab,dia cakap saya cantik (kah3)..kecik molek,org kecik molek,tua nanti tak nampak tua.sudah2 la tue nak membodek saya..terkembang la gak kan dia kata mcm tue..haha...eh?bukan dia bodek,dah saya paksa,dia pon jawab la.


hurmmm..dalam hati,saya selalu cakap,beruntungnya dapat dia..sebab dia baik,body tough,nanti kot2 ada samseng jalanan nak kacau saya,sekali dia jeling,terus cabut si samseng tue..hihiii...lepas tue,dia selalu tegur,bagi nasihat (kalau diminta),dan macam2 lagi la.dan dia jenis yg boleh diharap.


tapi,saya selalu membayangkan [imagine je ek,harap2 tak berlaku],macam mana kalau dia jatuh sakit,dia pergi meninggalkan saya selama2nya? atau macam mana kalau dia nanti bertukar perangai jahat?
kalau dia sakit,mesti dia dah tak mampu nak jaga saya..saya la kena berkorban untuk jaga dia..di sini lah terzahirnya cinta yg tulus...


kalau la saya hanya cintakan dia sebab dia boleh menjaga saya,jadi apa yg tinggal utk dia kalau dia dah tak berkemampuan lagi?mesti saya akan tinggalkan dia sebab saya hanya cinta dia kerana kekuatan dia..kalau saya cintakan dia kerana dia hensem,jadi kalau dia dah tak hensem,saya mesti tak cintakan dia...


pada zaman kini,ramai yg cintakan seseorang bersebab...cuba lah tengok Bersamamu..sudah jelas punca keretakan rumahtangga disebabkan harta..si isteri meninggalkan suami disebabkan suami jatuh miskin atau sakit.suami pulak meninggalkan isteri lepas isteri dah tak cantik lagi..susah nak mencari pasangan yg setia sehidup semati dgn kita,susah senang ditanggung bersama kalau cinta berlandaskan harta,rupa paras...kerana harta makin lama makin habis..rupa makin lama dimamah usia..


jadi mari la kita menyintai kerana Allah...usah ditanya sebab2 mereka mencintai kita..kerana mereka pon tak tau sebabnya...(nasihat utk diri sendiri).


wassalam...


2 comments:

Amni said...

hem.. betul! bila kita cinta dia keran agama, insha allah, hati kita tak mudah nak berubah kecuali dia yang berubah dari sudut agama lew.. huhu

Ruwaida Ridzwan said...

ye amni.kalau cinta kerana harta,mmg x akan kekal...

kita kena belajar terima takdir kalau satu hari nanti kita miskin,kita harus teruskan hidup dgn yg tersayang...

jgn jd ibarat habis madu,sepah dibuang.habis duit,ditinggalkan...

Followers