Pages

13 February 2011

Pakapau daging

apa itu pakapau daging?hihi...dia nie ialah sejenis masakan daging cincang (minced meat) la..boley jugak dibuat dengan ayam cincang.masa kat hostel dulu,memang selalu oder nie makan dengan nasi separuh diet la katakan...

nie la rupa pakapau daging
baru-baru nie,kawan saya iaitu cik masturina telah men'tag saya dengan gambar nie...huhu...mengimbau memory lama betui la mas nie...


tanpa membuang masa merepek tak tentu hala,mari kita tengok cara-cara membuat pakapau daging nie:

Bahan:
1 bungkus daging
cincang
2 labu bawang besar di ptg bulat
1 cili merah dihiris
3 cili solok lada(Warna light green diguna utk solok lada) dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
2 sb sos tiram
1 camb serbuk lada hitam
gula,garam secukup rasa


Cara:
1. Tumis bawang putih hingga wangi n masukkan daging cincang
2.Bila air daging kering masukkan kedua2 cili dan bawang besar nak lagi kick masukkan cili api yg dihiris
3.bila sudah layu masukkan sos tiram, lada hitam, gula & garam
4. sedap dibuat sandwich atau makan dgn nasi atau kanji


okeh,mesti pelik kan kenapa tetiba rajin nak tulis resepi nie dalam belog...tadi en.kujaimi call lagi,suruh belajar masak.kena pandai semua masakan.selagi tak pandai,jangan harap nak kawen dengan dia.so nie,kita kumpul resepi dulu,balik nanti try la...sob..sob...T___T


4 comments:

farah said...

cakap kat encik kujaimi. lepas kawen pon boleh belajar masak. wes cam seddaaap je daging tuuu

Ruwaida Ridzwan said...

da cakap,tp dia nak belajar skng nie jugak :'(

Hasnah said...

asna xberapa suke mkn daging keke =D boleh tukar resepi nie guna ayam kan kan kan ;)

Ruwaida Ridzwan said...

haha..boleh asna. guna minced chicken...hehe

Followers