Pages

11 March 2011

Soalan temuduga ^^

hi~



petang yang mendung nie blogwalking pastue gatal pulak nak jawab soalan dari blog kak Atiqah Adnan si bakal umi cantek! adore sangat ^^



tanpa membuang masa mari kita terus jawab...



5 nama samaran anda



nama samaran ke nama panggilan?heee....


1. ida -yang nie paling ramai orang panggil.kawan yang saya kenal masa tamhidi dan degree senang cakap kawan yang saya kenal tahun 2005 ke atas semua panggil saya ida.khuzaimi pon panggil ida termasukla family dia^^


2. waida -yang nie kawan masa sekolah rendah dan menengah panggil.


3. da -nie family saya panggil.


4. rew -nie la pelik sikit sebab hanya sorang saja yang panggil saya dengan nama nie iaitu kak bibi :)


kak bibi dah kawen harap maaf! ^_~


5. ruru -yang nie pon hanya 2 orang panggil iaitu ibtisam dan iman..haha.tisam pon dah kawen..haha...



5 tarikh penting..


1. birthday saya -27 April 1987 (tak lama dah jangan lupa bagi hadiah!^^)


2. birthday khuzaimi -25 December 1987 (Christmas day)


3. tarikh kami jumpa -10 September 2004


4. tarikh first datang period -19 Februari 1999, Jumaat.


5. birthday family.



5 perkara yang saya buat semalam...


1. pagi buat breakfast sandwich tuna dan masak nasi ayam masak halia untuk bawak bekal gi amek adik di mrsm baling.


2. ambik adik la.makan-makan di cafe mrsm dan order teh o ais tapi makcik cafe tue buat tak tahu je lama dia cakap "la ingatkan budak sekolah" (padahal pakai cardi and tudung awning kot),beli ice cream cornetto di koperasi.haha...


3. singgah kota sarang semut beli kuih donat,pulut panggang dan tepung bungkus...


4. menonton bersama family.rehat-rehatkan badan yang lenguh angkut beg budak debab yang berat.padahal semua baju busuk yang 2 minggu tak berbasuh.


5. sambil tengok tv lipat kain yang jemur pagi tue...



5 perkara yang buat saya gumbira =D



1. dapat bercuti selama hampir sebulan di rumah.home sweet home la! :)


2. dating...heee....walaupon tak best tapi im really appreciate it.thanks my bunny!


3. dah bercuti nie ada time nak belajar masak.whoooo.


4. dapat jemputan kenduri kak bibi...ari tue dia nikah kat mesir.16 mac nie di kedah pulak.tak sabar nak pergi.dia cakap jangan lupa ajak abah hensem dan tok cantik sekali :D


5. dapat gomol si tecit ini selama sebulan!





5 perkara kenapa kena temuduga nie..


1. sebab gatal nak buat! ^^


2. supaya orang tahu birthday saya dan pos kan hadiah..haha


3. soalannya senang dan suka nak jawab!


4. sebab dah lama rasa tak ade orang tag saya...


5. kak tiqah suruh sesape jawab so i appreciate je la jawab temuduga nie \(^___^)/



nak pi kenduri kat tepi rumah sat...bye :)





2 comments:

Atiqah Adnan said...

terima kasih ya sweetie.. anda lulus!!! tahniah.. teehee

Ruwaida Ridzwan said...

ahaha..klakar tul kak tiQah nie :)

Followers