Pages

18 September 2011

Pengaruh panggilan pada jiwa anak.

Assalamualaikum wbt.


lately, bila saya baca dlm fb,ramai kawan2 fb yg mintak pandangan ttg nama anak.so sekarang nie lets talk about tis matter! :D


sekarang nie kan,nak cari nama mahu yg moden aje.nama lama contoh mcm Khadijah,Aminah org tak mahu dah.kalau lelaki plak nak Danial,Danish...


plak tue, parents lately suka bagi nama panjang2 kat anak2. menurut sumber yg saya perolehi (Hikmah Kembara):


Elakkan memilih nama yang tidak mempunyai maksud atau tiada kaitan dengan Islam dan jangan memberi nama terlalu panjang. Kita dapati masyarakat Malaysia cenderung memberikan nama yang panjang sehingga seorang kanak-kanak memiliki tiga nama.


Bayangkan berapa lama masa akan diambil anak itu untuk mengisi borang sepanjang hidup mereka (ish..ish..mmg kesian kat anak). Segala urusan anak menjadi lewat angkara ibu bapa atau mereka yang ghairah memberikan nama anak tanpa memikirkan risikonya.


Pastikan juga nama panggilan mempunyai maksud kerana ada anak diberi nama dengan maksud yang indah tetapi dipanggil setiap hari dengan nama yang tiada makna atau lari maksud baiknya (contohnya seperti Amirul dipanggil Mirul, Haiqal dipanggil Qal, Balqis jadi Qis, Dania tinggal Nia----mmg tak ada maksud).


apa guna bagi nama anak sampai panjang berjela at last orang bukannya panggil dgn nama panjang,tapi orang akan create dgn panggilan yg tak ada maksud.


Begitu juga dengan nama yang sesuai untuk lelaki atau perempuan seperti biasa berlaku anak lelaki diberi nama Iman kerana nama itu sesuai untuk anak perempuan manakala bagi anak lelaki ialah Ayman.


Kita pasti tidak mahu anak merasa malu atau menjadi bahan ejekan hanya kerana nama lalu menyalahkan ibu bapa. Oleh itu, sentiasa berhati-hati apabila hendak memberi nama kepada bayi baru dilahirkan, jangan terburu-buru dan dapatkan pandangan pihak yang arif .


mcm saya,saya tak biasa panggil orang lain dgn nama pendek.kalau cakap dgn mak pon,sebut penuh tau nama kawan2, Khuzaimi, Hamzani, Musaddiq, Syazwana, Hanani.


adik2 saya? kalau nak cakap pasal khuzaimi,pon akan sebut nama penuh dia KHUZAIMI which is i loike!!! :D


ps: kami dah ada nama untuk anak kami.nama yg ringkas. yg penuh dgn pengertian! :D


3 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

basyee pon masih tercari2 nama utk anak.. hehe... kalau boleh nak nama yg 5 huruf sahaja..

Ruwaida Ridzwan said...

bagus tue basyee! biar pendek asal punya maksud yg baik.semoga anak basyee nanti berkelakuan spt nama indah yg dipanggil! :)

Masisir hepi said...

Nice share.. uniknya panggilan sayang dalam berbagai bahasa

Followers