Pages

25 September 2013

Resepi sotong goreng kunyit

assalamualaikum dan hai!!! hehe

aku memang dah jadi isteri, tapi still in bujang mood.dok pon jauh dari suami tercinta, still menyewa dengan kawan-kawan bujang aku.so bila dah macam tue, hidup aku masih macam dulu.asyik makan kat luar je.dah suami jauh kan? so buat apa masak? haha.

tapi aku malu, bila dia sms/call tanya dah makan ke belum, dia mesti nak selit gak tanya beli ke masak? masa sebelum kawen kadang-kadang aku kelentong gak konon masak sendiri..hakhak (sila jangan tiru perangai buruk aku). tapi dah nikah nie, rasa berdosa yg amat bila menipu suami sendiri seriously! >.<

bila dah macam tue, aku terpaksa rajinkan diri bertanya resepi kat mak aku.resepi yg mudah dan simple gila.aku pon fikir gak sampai bila aku nak meneruskan hidup bujang kan?selagi kita sendiri tak masak, selagi tu kita takkan belajar. practices make perfect kan? mana la tau satu ari nanti dapat duduk sebumbung dgn suami (doakan...amin..) baru ko nak kelam kabut belajar ke???


so aku skang nie giat duk masak sotong goreng kunyit! hehe...simple.resepi orang malas.

walaupun simple dan mudah sgt, dan semua orang dah tau, aku nak share gak..haha



:: Resepi Sotong Goreng Kunyit ::


Bahan tumis:
1. 4 sudu besar minyak (nie korang agak-agak jer)
2. 1/2 labu bawang besar

Bahan utama:
1. 6 ekor sotong besar (boleh potong kecik @ biarkan- tapi aku prefer potong.nampak macam banyak)

Bahan lumur sotong:
1. Sedikit serbuk kunyit (aku pakai serbuk kunyit Faeza 55sen jer beli kat Jusco depan rumah) - sikit jer jgn banyak agak dalam 2 sudu kecil.
2. Garam secukup rasa. - dalam separuh sudu kecil.

Bahan sampingan penambah selera:
1. 3-4 tangkai cili padi
2. 1/2 labu bawang besar
3. Halia (optional)- potong halus memanjang


Cara-caranya:

1. Potong sotong kepada bentuk ring! Lumurkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Perap selama 5 minit.

2. Panaskan minyak. Tumis bawang sampai naik bau wangi.

3. Masukkan sotong yang diperap dengan serbuk kunyit dan garam tadi ke dalam kuali. Goreng sampai agak-agak sotong tadi kering. Cuit rasa sikit, if kurang masin, tambah lagi garam secukup rasa. Tapi selalunya garam yg lumur kat sotong tadi pun dah cukup masin.

4. Masukkan cili padi, bawang besar, dan halia.

5. Sedia untuk dihidang!!!



tadaaa!


nie lah hasilnya!!!




diharapkan kawan-kawan yg baru berjinak-jinak belajar masak tue try lah resepi aku nih..hihi..

bye! wassalam.


p/s: korang bleh try guna ayam/daging/ikan jugak untuk resepi nieh. sama jer cuma bahan utama jer yg lain.hehe.

Followers