Pages

26 March 2011

Thanks Allah ^_^


ya Allah..terima kasih kerana memberi saya Mohamad Khuzaimi...dia tue faham benar perangai saya.haha.dalam ramai lelaki,dia sabar sampai dah tak terlayan lagi perangai manja mengada-ngada yang entah apa-apa :'p


biar la dia tak peduli kemahuan saya tengok wayang,makan fast food dan entah apa-apa lagi..memang sepatutnya pon..benda tak elok tapi saya terhegeh-hegeh ajak benda yang tidak mahu.


biar la dia tak reply sms saya,call sebulan sekali pon susah...biar..biar...biar...saya tak kisah pon lepas dia explain betul2 kenapa dia buat macam tue kat saya.bukan sebab dia lupakan saya,tapi ada la sebab yang membuatkan hati saya lega =')


terima kasih Allah!



How to forget someone we love?

Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.


- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.

- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.

- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.

- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.

- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.

- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.

- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.

- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.

- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.

- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.


23 March 2011

Siyes aku cuak!

Nota ini ialah dari kawan fb saya...tentang experience dia sendiri.muda lagi belum kahwin...saya ada share kat fb,but unluckily,orang lain tak boley baca since dia private kan note dia hanya untuk friends saja.so nie saya mahu share kat sini:


Never take for granted
Assalammualaikum wbt
sekadar perkongsian dari wanita kepada wanita.
pernah tak korang wat pemeriksaan payu dara sendiri?
pernah tengokkan iklan cara-cara nak buat? Dalam katalog avon pon kadang-kadang ada. hehehe
aku salah seorang yang wat dek jek, tak pernah kot berniat nak wat pemeriksaan
sampai lah sabtu lalu, 19hb semasa aku di USM, ada pameran kesihatan.
hati aku tergerak nak join pemeriksaan percuma payu dara.
apa yang berlaku, amat menyentap jantung.
ada ketumbuhan di payu dara aku!
bagai nk luruh jantung aku, ketaq badan tak yah cakap la.
kanser payu dara!ketakutan semua wanita kan?
tapi masih awal nk kata kanser payu dara, sbb simtom benjolan macam tu mungkin ketumbuhan biasa atau memang kanser.
nauzubillahi minzalik!
bulan depan, 27hb..aku punya appointment ultrasound.
xley amek sample tisu since benjolan itu masih kecik.
urm..aku takut dan cuak.Tapi teramat syukur, sebelum ketahuan hal ni aku mmg duk amalkan food supplement yang mana keberkesanannya boleh cure cancer..tapi baru lebih kurang sebulan. Dan bila dah ketahuan, upline aku suh makan lebih lagi supplement tu.Aku harap, benjolan tu lekas2 hilang, kalaupon itu sel canser..aku harap perkembangannya akan terbantut.
moral of the story, wahai wanita..tolonglah periksa payu dara anda setiap hari ke 10 dari datang haid.
Jadikan rutin, jangan anggap bila takde sejarah keluarga menghidap kanser payu dara kita semua selamat
tidak, makanan dan radikal bebas sekeliling kita pembunuh kita sebenarmya.Ianya api dalam sekam.
berhati-hati lah.
seram kan? T___T



from my reading kan,periksa time mandi lagi senang.sebab tangan kita bersabun,so senang nak detect kot2 ada benjolan.



jadi wahai wanita sekalian,mari la kita cek sendiri walaupon takut sakit nak tekan-tekan breast kan...wuwuwu...
T_____T



21 March 2011

Khuzaimi call! hikhik~

hi sweety! malam nie sangat sweet okeyyyhhh...sebab apa?tengok la tajuk terpampang tue kan ;p


incik i yang tersayang call :)


tengok kan i nie,kecoh nak bagi 1 malaysia tahu.bese la dah nama nya mamarazi kan?;p
9 minit 52 saat...alhamdulillah....lega hati ceq nie.heee~


apa lagi kan,ajak dia tangkap gambar la.tapi dia tak mahu...dia cakap tengok je la gambar lama,tak pudar pon warna dia.heee...


apa-apa je la dia nie.yang penting....




I AM SO IN LOVE WITH YOU!!!


Down mood.

sedih...

khuzaimi sampai ke sudah tak mahu:


* tangkap gambar even beramai-ramai
* tengok wayang
* picnic
* jalan-jalan


jeles sangat tengok pic sweet couple lain :'(


and last but not least,sangat sedih! T______T

20 March 2011

Cara yang betul pakai krim muka?


haha.kelakar betul la keyword blog nie.cara yang betul untuk memakai krim muka?nie dari post yang saya share dari Soffya cik bulan.hehe...



faedah insurans pesona lady dan Jalan tar pon setiap minggu mesti ada orang search.



lelaki mahu perempuan cantik?hahaha.kelakarnya!



p/s:khuzaimi kat lumut..otw jumpa adik dia.rindunya :'(



Nasib pompuan tak cantik

nasib pompuan tak cantek...begini lah....sering dilayan enteng oleh pompuan cantek... :(
keciknya hati!

19 March 2011

Agak bengang la...

Salam.



kadang-kadang susah jugak on9 soping nie.sebab ada certain blogshop yang tak percaya langsung even dengan loyal customer.sebelum nie ok je just bagi details payment kat dia amount,time,date etc.tapi kali nie kena snap pic @ scan resit CDM tue.for me yang charger camera rosak nie,nak snap gambar memang tak boleh dah.henset pon cap ayam tak ada camera...nak scan tak ada scanner,leceh la pulak kan kalau nak gi scan kat cc.



sangat la bengang sebab kita dah bayar tapi barang kena hold.maybe ada baiknya jugak dorang buat macam tue,sebab dah kena tipu dengan customer yang konon dah bayar tapi sebenarnya tak bayar.tapi yang susahnya kepada loyal customer yang jujur dan baik hati ini la ;p



adoi...cemane kah???



p/s: nak announce my lil sis blog! bertambah lagi sorang family Ridzwan yang jadi blogger.haha...






18 March 2011

Wishlist :)

adoi nak mula kerja nie kena berhabis duit beli barang-barang...bukan saja gatai nak beli.heee~memang disuruh pon.lama dok usha tapi banyak yang tak berkenan.hope dapat beli la sebelum tarikh keramat itu.haha.


first thing nak beli blazer.selalu jumpa yang man's cut.so tak beli lah.blazer tue pulak nak the black one.tak boleh kaler lain.huhu...


then,for smart casual attire,rasanya kalau pakai drape cardi pon boley kot.asalkan 'smart' la.hehe.dan,i already felt boring wearing my cardi with skirt.so i think,i would like to buy pants like this:

begini lah rupa pants yang saya mahu.semalam saya ada kontek dealer najjah mintak kurang harga.haha.tapi kak farah alwani tue just dapat bagi free postage je.dealing with her was so nice ^_^.


but then,try google blogshop lain yang jual pants nie murah.so jumpa la kat sini.RM35 saja!tak tahu la hows the quality tapi looks like ok la.rasa macam mahu order saja.


barang lain i think just wanna buy black shoes kot.yang biasa-biasa saja yang jual kat BATA.tapi mungkin the one that high heel.hehe...


ok just all for this time being.babai.



17 March 2011

Diet please!

Ida! sila diet.badan da gemok macam badak.berat dah 50kg tak ke macam bb elephant?malam tak mahu makan nasi,makan biskut cecah milo je....


kuzaimi tak suka pompuan gemok gedempol.ok bye sayang!

16 March 2011

Kak Bibi's wedding

my shuwittt sis da selamat kenduri! lauk kenduri sangat sedap sebab orang kampong gotong-royong masak sendiri,tak hire caterer dah.hihi...



time saya sampai,pengantin tak balik make up lagi.lama jugak la tunggu kan.pengantin sampai,terus makan.so tak sempat nak snap dengan pengantin dalam bilik.tapi gambar menggatal sendirian berhad atas katil pengantin harus la ada kan? buat bilik tue macam bilik sendiri.hahaha.tak tergamak pulak nak tayang gambar gatal i kat sini (^_^!)



so,ini je la gambar terbaik dari ladang.hehe.



 Selamat pengantin baru Nor Habibi dan Saiful Yamin :)


kak bibi cakap bukan pengantin baru,pengantin lama.sebab depa nie nikah 1/1/2011 kat mesir.kat mesir pon dah wat kenduri...tapi balik Malaysia nie nak wat lagi la untuk teman-teman di malaysia pulak.



mereka ini senior saya masa di Maktab Mahmud.si lelaki dah jatuh cinta sejak di bangku sekolah lagi sampai nyanyi lagu "Ya Habibi ya Maulana" dalam kelas nak bagi my sis nie dengar.hahahaha.



akhirnya tercapai jugak hasrat Saiful Yamin memperisterikan kak Bibi.heee~wishing u all happy wedding.semoga berbahagia kekal ke akhir hayat! :D



15 March 2011

English theme.

hi my lovely readers... :D


yesterday,i went to Lovely Lace looking for some cute stuff as a present to Kak Bibi :)
Najwa found a cute lil dustbin with a simple nice english decoration.its smell so good...instead of light sleep cost rm300+-,we decided to buy this dustbin :)



yesterday i also bought AA battery for my camera so here the pics i snap when arrived home :)
cute rite? ^____^



my curtain also has english flower so suit with this dustbin.



tomorrow my family,Najwa and i will go to Kak Bibi's house for the walimah.cant wait to upload more pics for tomorrow!

:)))



14 March 2011

Rezeki dan mak.

betul la...kalau kita tolong mak,rezeki kita akan sentiasa ada.saya amat berbangga kerana sepanjang saya menjadi pelatih selama 3 bulan,mendapat elaun sara hidup cuma rm1000 sebulan,hidup di kota raya Malaysia,berulang-alik dengan bas rapid KL setiap pagi dan petang dengan kadar tambang sekitar rm40 sebulan,bayar sewa bilik rm280 sebulan,terpaksa makan McD semasa weekend sebab tak ada transport nak keluar (bas tak masuk laluan TPM masa weekend),tapi masih mampu membayar yuran pendaftaran adik masuk MRSM rm333,yuran koperasi rm190 dan yuran muafakat rm176.saya juga belikan sticker MRSM untuk abah pelekat dekat cermin keretanya dan beli barang-barang keperluan adik yang supercute ini.tapi dalam masa yang sama saya masih mampu order pelbagai jenis tudung,VCO dan lain-lain tanpa meminta duit sesiapa.pelik! entah dari mana saya dapat duit.



rasa sangat puas dapat menolong keluarga,walaupun belum dapat kerja tetap semasa tue.sebab itu la saya tak dapat simpan duit ambil lesen kereta.dah 2 tahun lesen saya terbengkalai.so,kena start semula dari awal,perlu rm900+- lagi.



siang tadi,alhamdulillah...saya ke ar-Rahnu membayar upah simpan barang emas mak.kebetulan,duit elaun saya masuk lagi rm1000.jadi sepatutnya saya menolong mak.amazing! lepas bayar,saya dapat panggilan telefon dari company ****** yang saya apply melalui Jobstreet.fyi,dalam banyak-banyak application dalam Jobstreet,sekali pon tak pernah dapat walaupon hanya panggilan interview.tapi,saya terpaksa menolak sebab dah dapat offer lain :D



siang tadi juga saya membeli Solusi vol.29 bersama sahabat,Najwa dan adik supercute.adik teringin nak beli purse,so saya bayarkan.masuk Watson,beli barang-barang dia pulak,deodorant etc....rasa puas sangat dapat menanggung adik!



baru saya sedar,banyak keberkatannya menolong emak.walaupon diri ini masih sengkek,tapi rezeki sentiasa ada.



saya pernah tanya khuzaimi tentang duit simpanan dia.dia cakap,gaji lebih banyak diguna untuk bayar loan semasa di poli dan college.untuk simpanan tak sampai separuh dari gaji.saya cakap,kalau nak cepat cukup duit simpanan,hulur-hulur la kat mak walaupun rm50.insyaallah Allah akan melipatgandakan duit tue.



'ter'membebel pulak entri nie.bukan nak berbangga.tapi just nak menyatakan hati ini riang dapat membantu emak ku yang tersayang! :D



Persediaan perkahwinan.

assalamualaikum...


saya suka sangat baca buku yang dapat masa saya pergi kursus kawen dengan khuzaimi.selalu saya ingatkan dia baca buku tue berulang-ulang.rasanya tak cukup kalau sekadar persediaan untuk baju,pelamin,kenduri-kendara saja tapi lupa persediaan ilmu agama dan mental yang sangat penting.tahu tak kadar perceraian di Malaysia nie makin meningkat, 1 perceraian berlaku setiap 15 minit.nauzubillahiminzalik...


semalam,sengaja saya sms dia tentang ciri-ciri bakal suami: bertakwa,beriman,berilmu dan bertanggungjawab.kalau kita dah sama-sama sayang dan cinta,secara automatik kita akan jadi saling ingat-mengingati.setiap pasangan ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.so,its like completing each other la.dia kata dia sudah sedia untuk menjadi seorang suami dan ayah.hati saya berbunga riang.alhamdulillah!


saya suka kalau solat saya diimamkan.cukup tak ternilai.Allah tahu apa yang terbaik buat diri saya.mungkin saya masih ada perasaan takut hendak menjadi ibu.rasa tubuh ini kerdil untuk mengusung perut 9 bulan.rasa kudrat ini tak mampu nak meneran baby keluar.rasa nak menjaga kecantikan badan itu lebih lagi dari effect pregnant yang akan menggemukkan badan yang sediakala gemuk.


rasa semangat nak beli kereta pakai duit sendiri lagi menebal dari guna duit mak,rasa nak renovate rumah yang tak macam rumah nie pakai duit sendiri dulu sebelum gatal nak kahwin.


my creator knows me better.so dont give me a pressure :)



13 March 2011

Susahnya nak cantik.

Assalamualaikum...heee~gimana mahu cantek???


sudah pusing kepala ini lorh.segala macam udah dibuat tapi enggak cantik juga.


cantiknya angelina jolie.


p/s:sedang menunggu cik kawan ajak hang out ^___^

11 March 2011

Whooo biscotti


suka! suka! Bisquisito masuk iklan Nuffnang tue ^^.

"RM10 instead of RM20 for 24 PIECES of Authentic Tuscany Biscotti from Bisquisito, Taman Desa [50% OFF]" - MilkADeal


tahun lepas saya pernah order Lenguas de Chat perisa lemon,oren,coklat dan vanilla.sedap giler! suka makan macam tue je tak pernah cecah dengan teh.heee...


rasa esok lusa nak order lagi.mahu order macadamia cranberry & nutty vanilla pulak ^^



Soalan temuduga ^^

hi~



petang yang mendung nie blogwalking pastue gatal pulak nak jawab soalan dari blog kak Atiqah Adnan si bakal umi cantek! adore sangat ^^



tanpa membuang masa mari kita terus jawab...



5 nama samaran anda



nama samaran ke nama panggilan?heee....


1. ida -yang nie paling ramai orang panggil.kawan yang saya kenal masa tamhidi dan degree senang cakap kawan yang saya kenal tahun 2005 ke atas semua panggil saya ida.khuzaimi pon panggil ida termasukla family dia^^


2. waida -yang nie kawan masa sekolah rendah dan menengah panggil.


3. da -nie family saya panggil.


4. rew -nie la pelik sikit sebab hanya sorang saja yang panggil saya dengan nama nie iaitu kak bibi :)


kak bibi dah kawen harap maaf! ^_~


5. ruru -yang nie pon hanya 2 orang panggil iaitu ibtisam dan iman..haha.tisam pon dah kawen..haha...



5 tarikh penting..


1. birthday saya -27 April 1987 (tak lama dah jangan lupa bagi hadiah!^^)


2. birthday khuzaimi -25 December 1987 (Christmas day)


3. tarikh kami jumpa -10 September 2004


4. tarikh first datang period -19 Februari 1999, Jumaat.


5. birthday family.



5 perkara yang saya buat semalam...


1. pagi buat breakfast sandwich tuna dan masak nasi ayam masak halia untuk bawak bekal gi amek adik di mrsm baling.


2. ambik adik la.makan-makan di cafe mrsm dan order teh o ais tapi makcik cafe tue buat tak tahu je lama dia cakap "la ingatkan budak sekolah" (padahal pakai cardi and tudung awning kot),beli ice cream cornetto di koperasi.haha...


3. singgah kota sarang semut beli kuih donat,pulut panggang dan tepung bungkus...


4. menonton bersama family.rehat-rehatkan badan yang lenguh angkut beg budak debab yang berat.padahal semua baju busuk yang 2 minggu tak berbasuh.


5. sambil tengok tv lipat kain yang jemur pagi tue...



5 perkara yang buat saya gumbira =D



1. dapat bercuti selama hampir sebulan di rumah.home sweet home la! :)


2. dating...heee....walaupon tak best tapi im really appreciate it.thanks my bunny!


3. dah bercuti nie ada time nak belajar masak.whoooo.


4. dapat jemputan kenduri kak bibi...ari tue dia nikah kat mesir.16 mac nie di kedah pulak.tak sabar nak pergi.dia cakap jangan lupa ajak abah hensem dan tok cantik sekali :D


5. dapat gomol si tecit ini selama sebulan!





5 perkara kenapa kena temuduga nie..


1. sebab gatal nak buat! ^^


2. supaya orang tahu birthday saya dan pos kan hadiah..haha


3. soalannya senang dan suka nak jawab!


4. sebab dah lama rasa tak ade orang tag saya...


5. kak tiqah suruh sesape jawab so i appreciate je la jawab temuduga nie \(^___^)/



nak pi kenduri kat tepi rumah sat...bye :)





10 March 2011

Keluar dgn pakwe adalah tidak best.

assalamualaikum...



kali nie nak tulis pasal keburukan keluar dengan pakwe.pakwe saya la kalau pakwe orang lain maybe lain kan..?heee~



after da berbulan-bulan pendam rindu kan,merajuk tak tentu fasal,merengek itu ini at last ari tue jumpa la jugak kan...huhu....tapi tak seronok macam kluar dengan kawan-kawan la.sebab apa tak tahu la.sebab dia boboy kot saya gegirl..heee....



perangai dan minat kami are totally different! so dia bosan dengan saya sebab lama men'try' tudung dan saya pulak bosan dengan dia sebab lama menilik barang dia.saya nie bukan setakat kaki bangku,tangan pon bangku so tak minat langsung main futsal ke bola jaring ke...bola tampar ke....memang dari dulu-dulu lagi tak aktif sukan.sijil kokurikulum pon banyak masuk choral speaking,hiwar,kelab-kelab,persatuan,dll. yang tak lasak.



dia plak memang aktif sukan.aktif giler-giler punya sampai dah jadi a part of him...kadang dia high blood pressure disebabkan aktiviti sukan melampau.patah riuk jangan cakap la kan,tulang kaki dia retak,admit hospital seremban.tapi tak sampai teruk la.



harapan saya ialah anak-anak kami ikut jejak langkah dia la aktif sukan sebab dia memang nak anak-anak pandai main bola,futsal,dan paling penting rugby la! heee~  kalau ikut jejak saya...hurmmm alamat kaki bangku la semua sebab abah saya sendiri tengok bola pon tak minat ini kan pulak nak try main kan?



eh tetiba melalut plak.heee....



kalau keluar dengan dia,susah.sebab dia nie cerewet bab makan.dulu tak macam nie sekarang je dia lain.dulu kemain lagi cakap kalau saya masak apa pon tak kisah dia akan ngap je dan kalau kat kedai makan saya yang order sesuka hati saya dan amek lauk kat dia.



lagi satu benda yang tak best keluar dengan pakwe ialah selalu kena marah.dia sangat tegas dan garang...tengok muka la kan? cousins saya ramai yang tanya dia garang ke padahal dorang tengok gambar je da tau dia garang...heee~ha tau pon....selalunya punca saya kena marah ialah makan lambat! ye...saya memang jenis makan lambat kalau boleh nak kunyah 44kali ikut sunnah.dia skali ngap terus telan.memang la laju je makan kan?hihi.




itu satu.lagi satu dia selalu marah kalau tak pakai stokin.tapi dia tak pernah tegur dengan kata-kata,tengok gaya je pon da tau dia tak suka sampai terus bad mood tanya apa-apa sepatah je jawab.



ada lagi yang tak best nya dia tak mahu ikut benda yang saya suka.contoh yang simple ialah tengok wayang! taubat dia tak mahu walau saya nak belanja sekalipun.walau dah berdebat dengan dia,saya selalu kalah.dia cakap wayang hanya buang masa dan duit.lebih baik beli cd terus tengok kat rumah boleh ulang sampai 100x tengok pon tak apa.saya cakap tengok dalam cinema lagi feel...sound best.....dia kata beli la speaker letak kat rumah....saya cakap skrin tv kat umah kecik tak best.dia cakap beli la projector boley tengok besar.....last sekali saya mengalah je la......



banyak lagi la benda yang buat saya nyesal jumpa dia...haha...rasa macam,oh dia nie saja nak menguji aku la....better keluar dengan kawan-kawan daripada keluar dengan dia sebab pompuan sama pompuan lebih memahami,minat yang sama....sealim-alim kawan saya pon masih sudi teman saya masuk panggung.hehe......



tapi saya tahu dia sangat sayangkan saya...^^.ada banyak bukti tau.tak larat dah nak citer ...mungkin anak yang akan menjadi pengikat kasih kami.....(statement gatal,sila jangan muntah)  bye :)



09 March 2011

Lawak!

saya: hi u sorry sebab orang tak dengaq la apa yang dia cakap kemarin...tak clear.suruh dia ulang,tapi dia wat muka masam...marah ka?tue la suara dia slow sangat...



dia: ya la nama pon cakap ngan awek...kalau cakap ngan kawan nada lain..



saya: tapi siyes la orang tak dengaq langsung...da la pakai inner tebal tutup telinga..heee~



dia: orang yang tak dengaq nie selalunya cakap kuat...macam dia la...



saya: erk...kutuk orang ek...tau pon suara orang nie kuat,nanti sila tadah telinga dengaq orang bebel k....



dia: bebel kerap2 memang orang kluaq umah la...



saya: dak la...tak kerap sangat...tapi memang org pompuan rajin berleter pon....



dia: try r berleter.



saya: nanti la...heee...kat pekan nat betui ka ada kopok lekor?yang da goreng ka tak goreng lagi?



dia: try r tanya...mesti ada yang tak goreng lagi.



saya: sok nak pi baling amek adik balik...cam nak singgah pendang ja beli kopok leko...ok goodnite ..salam...



dia: wsalam bye...



-THE END-



tak lawak pon saja suka-suka...








hahahahaha ^.^

Dari mata turun ke hati :)

assalamualaikum...



beberapa perkara yang best telah berlaku kelmarin:

-  dating! heee~



-  tunggu dia kat depan mekdi,tengok2 dia pakai baju hitam,sluar choc sedondon dengan saya cardi hitam tudung choc...=)



-  lepas tue terus ajak gi makan tapi masing-masing tak tahu nak makan apa.saya tanya dia tanya saya balik.dia nak makan nasi (kenal sangat perut dia tue) tapi saya ajak makan mekdi at last dia pon ikut saja.so kami makan spicy chicken mcdeluxe saya single,dia double.laju gila dia makan!



-  masa makan,mata dia asyik melilau."heppp...tengok pompuan mana tue?jangan tengok pompuan,tengok laki ja."



"nanti orang kata gay plak."



tetiba dia tenung muka saya lama-lama.malu yang amat kot..hu....hah tau pon tue la tak bagi dia tengok pompuan lain :D



then pas makan,kami gi kedai jam,kedai alat sukan..time nie boring giler.ntah apa la dia menilik seluar rugby apa tuh...huhu...tapi yang best,dia belanja crocs sama kaler dengan dia kaler choc....heee....lepas tue macam besa ofkos la beli tudung 2 helai..ekeke...



sebelum balik,solat zohor dulu kat pusat dakwah.dia parking moto kat depan tue saja.sudah solat,terasa malas plak nak pakai shawl choc tue so hentam pakai tudung baru la...!heee...lepas tue dia pon pulang dengan moto dia dan saya pulang dengan bas =)



berita yang paling menyeronokkan ialah,pertengahan bulan nie,dia nak gi amek kereta baru! heee...tak da la baru,just sambung bayar kete abang dia saja.and after that harus la jumpa lagi kan...^___^  baru la senang nak jalan jauh-jauh gi tanjung dawai nak angkut kopok lekor banyak-banyak.



sepanjang 3 bulan lebih tak jumpa dia kan,saya perhatikan banyak perubahan kat dia nie.dia makin kurus sikit,tak nampak macam dulu.dia bertambah hensem dan kemas,haha...bibir dia kering sebab keje dalam air-cond plus kulit dia memang cepat kering tambah-tambah kat area telinga.saya nak beli lip balm dia tak mahu sebab malas nak pakai.nak beli facial pon dia tak mahu.



ok la saya sedang berada dalam happy mood.bye!

08 March 2011

Mode bengang!

tengok la gara-gara kepala nie asyik fikir pasal dating siang tadi,nak pakai baju apa..tudung mana...nak makan apa...heee~



sampaikan saya dah terlepas update inner neck kat radiusite n AHC!!! damn!!! memang saya nak sangat inner neck sekarang nie...tadi puas kot mencari dengan en.kujaimi ku cayunk tapi tak jumpa.yang jumpa yang ada awning...hisss~



harap-harap dorang restock lagi la....hu.....nak nangesss T_____T



07 March 2011

Salah ke kalau remove friends?

Assalamualaikum...heee~


petang tadi saya goreng keropok ikan.tapi tak sedap sangat sebab bukan dari terengganu...saya skng nie mengidam sangat nak makan keropok lekor.tapi susah la nak cari kat kedah nie unless kalau pi tanjung dawai ada la...hisss~nak pergi tue la tak de transport.lain la kalau kujaimi sudi bawa kan...



haha tercerita pasal keropok ikan plak...hurmmm...nie nak minta pandangan readers blog nie la...apa pandangan kalau kita remove seseorang tue dari friend list kita kat facebook?bukan saja-saja nak remove,ada la sebab tertentu.



antara sebabnya ialah contoh la kan,ada la seseorang tue menyampah kalau kita asyik post kat facebook tue.then dia tanya mak dia lagi,"kenapa dengan ruwaida tue asyik tulis mmmmmuuuahhh3 kat dalam facebook?".lepas tue saya dapat tahu...saya pon remove la kesemua mereka anak-beranak sebab tak mahu la kerana 'mmmmuaaahh' itu menjadi punca buah mulut orang.



hisss~pelik la kan?ada apa dengan 'muaahhhh' itu?tak pernah pon orang lain closed minded begitu.kalau tak suka,dari awal sila la remove dari awal saya nie dari fren list kalian.saya pon tak sangka la kalian mencari salah saya sampai macam tue sekali.hisss~



hurmmmm...ada la seseorang tue cakap menyampah tapi still nak baca blog saya apa hal? padahal saya dah tukar link tapi nape tangan tue gatal search lagi...ish...ish...peliknya...



mereka nie ibarat macam CSI la siap baca sms kat henfon orang lagi tue....heee~pandai pulak mengaku...bertambah-tambah la menyampah saya kat mereka nie...heee...



dah saya remove mereka nie,ada la sorang yang ada kaitan dengan mereka nie add facebook kujaimi pulak...so weird kan? apa sebab nya pon saya pon tak tahu la...heee...



lepas tue saya ada tulis pasal kisah saiyidina abdul aziz tak guna harta kerajaan,tapi orang tersebut ter'berasa' pulak...heee...padahal saya tak ada sebut nama dia pun buat apa dia nak terasa...heee...makan cili ke...heee...



apa pon,saya maafkan la tapi...................



FORGIVE NOT FORGET!!!  remember huh!



06 March 2011

Entri bergambar...

 hi Gaja! will miss ur speech a lot..heee~



for the first time we met,i very admire ur skills in communication..very interesting...u manage to convince people great fully.heee...hope we can have a meet again in the future..! ^____^





 gambar nie comel! ellmiesupreme tayang perut.heee...mira pulak tunjuk perut ellmie...heee~dia nie mmg ada tendency untuk nak muncit lepas kawen nanti...hikhik.sorry emi!





 hi...ini la pemilik blog.pompuan ketot yang kekurangan kasih sayang...hisss~




 perkara yang paling best pakai maysaa ialah boley wat mask macam nie..kot-kot nak tunjuk alim ke...boley la kan? ^___^




 dan,kalau boring ke kan...boley jadi hantu macam nie...heee~




 pompuan kekurangan kasih sayang menepek kat sweet couple yang penuh dengan kasih sayang nie...dorang nie memang cute lar...!




 me and my beloved buddies...heee~



jumpa teman semasa degree dulu...asma' chan dan aqilah ^___^



Saya merajuk dengan dunia blog!

biar la daku pergi membawa diri...


merajuk...tak mahu blogging dah...saya tahu blog saya tak best langsung...heee~lagipon,tak suka la dengan stalker dari uitm shah alam a.k.a pompuan gemok yang sebar fitnah tentang blog nie kat beautiful nara,roti kaya and so on...tapi sekarang dia just stalk je tak drop hurting comments da...



ini membuatkan saya tak berani nak reveal lebih-lebih tentang diri saya...kalau boleh saya tak mahu orang yang mengecewakan saya tahu tentang diri saya...tahu kat mana saya berada...



saya tak mahu orang itu tahu saya tengah buat apa...kerja di mana etc...



dan contoh la kan kot-kot saya pregnant nanti teringin nak cerita tentang pengalaman pregnant macam wanita lain,tapi saya tak mahu la orang yang saya benci tue tahu tentang diri saya.so cemane..?mahu private atau tutup blog terus..?hisss~



nak tukar url? dah banyak kali rasanya blog nie da tukar url...tapi orang tersebut search lagi dengan nama blog yang lama...so dia pon jumpa balik la blog nie...ingat saya tak tahu nak check keyword blog nie ke?



itu la tak seronok la kalau kita nak menulis pun macam cover-cover gitu...saya anggap blog nie macam tempat luahan isi hati la.tapi orang begitu bengong tak faham saya nie cemane...



marah n merajuk lebih-lebih pon tak guna la.cheer! ^_____^



05 March 2011

Panorama Malam Kuala Lumpur...

hi guys and gals...heee~1 malam masa camping kat Cope adventure ari tue,saya dan kawan-kawan pergi naik menara nie...dekat je jalan kaki dari kawasan camping tue...hiii~kami naik yang paling atas sekali tau...sangat cantik pemandangan KL dari atas...tapi mungkin gambar nie kurang kualiti so nampak tak cantik la...hisss~


 sweet memory! nanti ada anak nak tunjuk gambar nie kat anak..heee~jack,ann,me,lim and dayah!~
dayah gayat so dia duduk je sambil pejam-pejam mata...sorry dayah!heee~



 kami...john and liew pun ada jugak..heee~dorang nie sangat friendly!kami naik sini berlapan saja termasuk si cameraman nie Adib...thanks adib and sorry anda tiada dalam gambar...heee~



 panaroma Kuala Lumpur...gambar sangat lah tidak berkualiti...wuwuw~



bergambar kenang-kenangan di entrance cope adventure...hiii~nape muka saya macam tue ek ala-ala samseng...biar je la apa ku kisah...kih..kih...



04 March 2011

Kurung plain...

hi! sekarang nie kan,taste saya ialah kurung plain la...kalau dulu saya suka abstract,tapi sekarang nie tidak lagi...hihi~ baju kurung plain yang biru nie,saya beli bersempena interview...then,esoknya ada presentation pulak kat Sheraton kan,so hentam pakai baju nie jugak la...hihi~



guess what?harganya sangat berpatutan.beli kat First Lady je yang oi...rm59.50 je kalau tak silap...hihi~asalkan dapat yang plain la...beli nie pon last minute tau sebab hari tue adik saya yang dok kat baling tue nak kena antar dia,balik tue terus gi FL la rembat je yang mana berkenan...



actually,saya tak suka sangat yang nie pon...lebih suka yang lagi satu tue manik dia fulamak sangat cantek tapi ntah kain dia satin macam keras...macam susah nak iron...huhu~so tak jadi la padahal dah bawa masuk fitting room kot...



 ini ialah group kami iaitu "ORCA". means a killer whale :)


oh btw,ade sape perasan tak saya pakai maysaa...hihi~nanti saya buat review tentang maysaa nie k...hihi~


 entah nape saya suka sangat gayakan pashmina yang baru dapat nie dengan maysaa macam nie...macam sesuai je...hihi~



saya sayang kamu semua..!!
kamu semua memang best lah i tell u all...^_____^



harap dapat beli kurung plain banyak-banyak macam-macam kaler...hihi~for your info tudung saya sangat banyak so tak tahu nak pakai dengan baju apa...at least kalau ada kurung plain senang la nak mix and match kan...because almost all of my tudungs tue bercorak! hihi~


ok thanks for reading this entry...^____^v



03 March 2011

Malu...

Assalamualaikum...



malu...malu...nie la masalah besar saya...huhu...kat orang lain tak malu.malu dekat bakal mak mertua je..cemane tue?saya paling tak pandai nak mengambil hati orang tua.erm...takutnye takutnye...



saya nie,jenis yang kena orang tegur dulu,baru saya bercakap...dah mula bercakap,tak tahu nak berenti pula tue..sebab saya nie kan minah gosip~hehe.nak-nak kalau orang tue cakap pasal tudung feveret saya la tue..lagi la sampai ke jalan tar saya membebel-bebel sampai tiap jenis tudung,awning,brooch pon saya tahu..



tapi kalau nak sembang dengan bakal mertua,topic ape ea...nak-nak kalau dia jenis pendiam...mahu ditegur dulu...hisss...problemo.padahal dah 3 kali jumpa dengan mak kujaimi nie...tapi masih tak tahu nak borak-borak apa...



sebab selalu kalau jumpa,makcik-makcik dia yang banyak bertanya saya itu ini..so saya pon layan mereka je..sampai terlupa mak dia kat sebelah...huhu~pernah sekali tue,saya duduk atas katil,sekali mak dia tetiba datang duduk sebelah saya tapi saya jadi erk...tak tahu nak cakap apa...mak dia pon senyap je dengan saya tapi dia sembang dengan orang lain saja...huhu...



saya tak pernah pegi rumah dia...sebab dia belum izinkan...tapi,dia cakap nanti nak bawa saya pergi rumah...tapi tak tahu lagi bila...saya ikut dia je..hehe...



first time jumpa mak dia masa kenduri abang dia kat banting dengan kak ainun..hihi...masa tue saya, Wow! mak dia sangat cantik...patut la dia selalu puji mak dia...suruh saya jaga kecantikan macam mak dia la...bla...bla...bla...



second time jumpa sebab mak dia datang lawat saya kat campus :)  baik kan mak dia?siap bawak buah,kerepek,bahulu..^____^.tapi sekejap je so tak sempat nak borak lama...just salam peluk-peluk cium...hihi...



last time jumpa masa kenduri kat rumah sepupu dia...itu pon sekejap saja.dan saya sembang dengan makcik dia lebih banyak dari mak dia..huhu...kenapa ek diri ini malu sangat nak menegur?apa yang saya perasan,saya nie jenis orang kena mula tegur dulu...dan saya memang tak boleh masuk dengan orang yang agak skema dan pemalu~hihi...



cemane ek...nak memulakan perbualan..?dalam communication module tak ade pulak belajar cara nak bercakap dengan mertua..hihi~ masalah bertambah bila saya bertanya kujaimi tentang mak dia,dia pon macam tak sure mak dia minat ape...suka makanan ape...hurmmm...



ape pon doakan saya yek supaya boleh berubah menjadi 'menantu' peramah yang disayangai mertua..hihi~
bye terima kasih kerana sudi membaca ^_____^





02 March 2011

At Sheraton Hotel :)

hi guys! here are some pics of me during Bio Think Tank Presentation :)
at Sheraton Hotel, Jalan Sultan Ismail.the hotel just nice.
credit to Aien for all this pics...^____^


 babbling with John paul was so great! he has many things to talk to me...agaga :)


 this is some candid pics...why r so muncung there?


 Faiz and John with me styling a pashmina :)


i'am so glad that i can put pashy on Jacquline :) she also excited with the name "Jamilah Wong" given to her ^___^


dis pic so cute!!! love dis so much.. ^___^



waiting the bus...

banyak lagi gambar nie...tunggu amateur upload kat facebook ek..kih3...bye! see u :)


Followers